PBL - KMR Bidang Sains dan Matematik

 

PBL - KMR BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

A) TOGETHER AS ONE

Rumusan Hasil Tugasan Kumpulan 1-7  Google Slide PBL - KMR Together as One

VIDEO PENYUNTIK SEMANGAT KUMPULAN 7 https://www.youtube.com/watch?v=MLKZ0HI5QMM



PROJECT BASED LEARNING – MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4, BAKAT SENI TINGKATAN 4 DAN 5

SEKOLAH

SMK TANSAU, PENAMPANG

NAMA

CHIN SIAU LING (GURU MATEMATIK DAN MATEMATIK TAMBAHAN)

GURU PENASIHAT KELAB SAINS DAN MATEMATIK

NO. KAD PENGENALAN

840812-12-5530

NO. TELEFON

012-8341317

E-MAIL

bigfishcsl@yahoo.co.uk

TAJUK PBL

TOGETHER AS ONE

BAB 5 MATEMATIK RANGKAIAN DALAM TEORI GRAF;BAB 10 MATEMATIK TAMBAHAN NOMBOR INDEKS 

SUB TAJUK

TOGETHER AS ONE menghargai usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan meneruskan usaha dalam membendung COVID-19 MALAYSIA

STANDARD KANDUNGAN (SK)

5.1 Rangkaian (Matematik);

10.1 Nombor Indeks (Matematik Tambahan)

STANDARD PEMBELAJARAN (SP)

5.1.4 Mewakilkan maklumat dalam bentuk rangkaian (Matematik);

10.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan  nombor indeks. (Matematik Tambahan)

STANDARD

PRESTASI (SPi)

TP 6 – Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang rangkaian dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin secara kreatif (Matematik)

TP 6 – Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai tentang nombor indeks dalam konteks penyelesaian masalah bukan rutin secara kreatif.

(Matematik Tambahan)

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Project Based Learning

PBL adalah pendekatan pembelajaran berpusatkan murid di mana murid akan diberikan masalah dan dikehendaki menyelesaikan serta menyediakan produk (Moss& Von Duzer, 1998).

PBL juga menekan pembelajaran berpusatkan murid, pelbagai disiplin serta mengintegrasikan dengan situasi dunia nyata (Solomon, 2003).

Pelaksanaannya juga dalam pembelajaran murid dapat memberi peluang kepada murid untuk belajar kemahiran tertentu ketika proses pembelajaran berlangsung (Brunetti, Petrell & Sawada, 2003).

PBL memerlukan ruang masa kepada murid untuk mengeksplorasi maklumat daripada pelbagai medium yang dikumpul dengan pelbagai cara yang sesuai sebelum dijadikan sebagai produk akhir untuk dipersembahkan murid dalam bilik darjah.

TAJUK 1/ARAHAN KEPADA PELAJAR

TAJUK 1 : KAJIAN RANGKAIAN SEJARAH KES KEMATIAN COVID-19 MALAYSIA

TUJUAN : MEMASTIKAN PELAJAR MEMAHAMI KESERIUSAN COVID-19 DAN SENTIASA BERHATI-HATI

MENGKAJI RANGKAIAN SEJARAH KES KEMATIAN COVID-19 MALAYSIA DAN MEMPERSEMBAHKANNYA DALAM BENTUK POWERPOINT/VIDEO/KEDUA-DUANYA

Dengan itu, kajian ini memerlukan pelajar memberikan perhatian kepada pengetahuan semasa/berita/maklumat dari sumber yang dipercayai,  mengumpul data Sejarah Kes Kematian Covid -19 Malaysia dari 10 Mac hingga 14 Mei 2020, mengkategorikan  Jenis-jenis sejarah Kes. Ringkaskan dalam jadual dan seterusnya menterjemahkannya ke dalam Rangkaian Sejarah Kes Kematian. Graf Rangkaian tersebut akan melibatkan 112 kes, oleh itu, pemberat akan dimasukkan ke dalam kotak dan bukan di tepi untuk memudahkan lukisan.

TAJUK 2/ARAHAN KEPADA PELAJAR

TAJUK 2 : KAJIAN GOLONGAN YANG PERLU DIJAGA BERDASARKAN FAKTOR KES-KES KEMATIAN COVID-19 MALAYSIA

 

TUJUAN : MEMASTIKAN PELAJAR MEMAHAMI GOLONGAN YANG PERLU DIJAGA

MENGKAJI GOLONGAN YANG PERLU DIJAGA BERDASARKAN FAKTOR KES-KES KEMATIAN COVID-19 MALAYSIA DAN MEMPERSEMBAHKANNYA DALAM BENTUK POWERPOINT/VIDEO/KEDUA-DUANYA

Dengan itu, kajian ini memerlukan pelajar memberikan perhatian kepada pengetahuan semasa/berita/maklumat dari sumber yang dipercayai,  mengumpul data Faktor Utama Kes Kematian Covid -19 Malaysia dari 10 Mac hingga 14 Mei 2020, mengkategorikan  Faktor-faktor Utama Kematian Kes Kematian. Ringkaskan dalam jadual dan seterusnya menterjemahkannya ke dalam Rangkaian Faktor Utama Kes Kematian.

TAJUK 3/ARAHAN KEPADA PELAJAR

TAJUK 3 : AKTIVITI DAN PROTOKOL YANG BOLEH DILAKUKAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR/ANAK DALAM KELUARGA

 

TUJUAN : MEMASTIKAN PELAJAR MENGETAHUI SOP YANG PERLU DIPATUHI SEBAGAI SEORANG ANGGOTA KELUARGA

MENGKAJI AKTIVITI DAN PROTOKOL YANG BOLEH DILAKUKAN SEBAGAI SEORANG PELAJAR/ANAK DALAM KELUARGA DAN MEMPERSEMBAHKAN DALAM BENTUK GAMBAR

Dengan itu, kajian ini memerlukan pelajar memberikan perhatian kepada pengetahuan semasa/berita/maklumat dari sumber yang dipercayai,  mengumpul SOP yang diberitahu oleh KKM setakat tempoh PBL ini iaitu Mei 2020. Mengumpul maklumat untuk digunakan oleh bahagian Kumpulan 7 : Muzik.

TAJUK 4/ARAHAN KEPADA PELAJAR

TAJUK 4 : INDEKS BILANGAN KES POSITIF COVID-19 MALAYSIA BULANAN DAN HARIAN

 

TUJUAN : MEMASTIKAN PELAJAR MEMAHAMI KEBERKESANAN LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DENGAN KERJASAMA MASYARAKAT MALAYSIA

MENGKAJI INDEKS BILANGAN KES POSITIF COVID-19 MALAYSIA BULANAN DAN HARIAN COVID-19 MALAYSIA DAN MEMPERSEMBAHKANNYA DALAM BENTUK POWERPOINT/VIDEO/KEDUA-DUANYA

Dengan itu, kajian ini memerlukan pelajar memberikan perhatian kepada pengetahuan semasa/berita/maklumat dari sumber yang dipercayai,  mengumpul data Bilangan Kes Positif Covid -19 Malaysia dari 10 Mac hingga 14 Mei 2020. Ringkaskan dalam jadual dan seterusnya menterjemahkannya ke dalam Indeks Bilangan Kes Positif Bulanan dan Harian. Kajian ini adalah berdasarkan bulan, agar berlainan dengan cara pengiraan kebiasaan yang dijalankan kerajaan iaitu mengikut PKP. Untuk mendapatkan indeks bilangan Kes Positif, kirakan ikut purata Kes Positif Harian kerana bilangan hari yang dikira adalah berlainan setiap bulan.

TAJUK 5/ARAHAN KEPADA PELAJAR

TAJUK 5 : INDEKS KES AKTIF DAN KES SEMBUH 10 MAC HINGGA 14 MEI BULANAN DAN HARIAN

TUJUAN : MEMASTIKAN PELAJAR MENGHARGAI LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN DENGAN KERJASAMA MASYARAKAT MALAYSIA

MENGKAJI INDEKS KES AKTIF DAN KES SEMBUH 10 MAC HINGGA 14 MEI BULANAN DAN HARIAN DAN MEMPERSEMBAHKANNYA DALAM BENTUK POWERPOINT/VIDEO/KEDUA-DUANYA

 

Dengan itu, kajian ini memerlukan pelajar memberikan perhatian kepada pengetahuan semasa/berita/maklumat dari sumber yang dipercayai,  mengumpul Kes Aktif dan Kes Sembuh Covid -19 Malaysia dari 10 Mac hingga 14 Mei 2020, Ringkaskan dalam jadual dan seterusnya menterjemahkannya ke dalam Indeks Bilangan Kes Aktif dan Kes Sembuh Bulanan dan Harian. Kajian ini adalah berdasarkan bulan, agar berlainan dengan cara pengiraan kebiasaan yang dijalankan kerajaan iaitu mengikut PKP supaya pelajar dapat menguasai sesuatu yang baru. Untuk mendapatkan indeks bilangan Kes Aktif dan Kes Sembuh, kirakan ikut purata Kes Aktif dan Kes Sembuh Harian kerana bilangan hari yang dikira adalah berlainan setiap bulan.

TAJUK 6/ARAHAN KEPADA PELAJAR

TAJUK 6 : INDEKS DAN BILANGAN KES COVID-19 MALAYSIA PADA BULAN-BULAN BERIKUTNYA SEKIRANYA RAKYAT TIDAK MEMATUHI SOP.

TUJUAN : MEMASTIKAN PELAJAR MEMAHAMI KESERIUSAN COVID-19 DAN SENTIASA BERHATI-HATI

MENGKAJI INDEKS DAN BILANGAN KES COVID-19 MALAYSIA PADA BULAN-BULAN BERIKUTNYA SEKIRANYA RAKYAT TIDAK MEMATUHI SOP DAN MEMPERSEMBAHKANNYA DALAM BENTUK POWERPOINT/VIDEO/KEDUA-DUANYA

 

Dengan itu, kajian ini memerlukan pelajar memberikan perhatian kepada pengetahuan semasa/berita/maklumat dari sumber yang dipercayai,  mengumpul data dari kumpulan 1 iaitu indeks bilangan kes positif covid-19 malaysia bulanan dan harian Covid -19 Malaysia dari 10 Mac hingga 14 Mei 2020, berdasarkan pola penurunan yang telah terjadi sepanjang masa PKP, kirakan jangkaan indeks peningkatan dan bilangan kes yang akan berlaku sekiranya SOP tidak diikuti. Ringkaskan data dalam jadual dan tunjukkan dalam bentuk graf.

TAJUK 7/ARAHAN KEPADA PELAJAR

TAJUK 7 : MUZIK PENYUNTIK SEMANGAT UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA (TERIMA KASIH OH PERWIRA)

 

TUJUAN : LAGU INI DITUJUKAN KHAS UNTUK YDPA PENERAJU NEGARA DAN PELINDUNG RAKYAT MALAYSIA, PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PARA PEMIMPIN YANG DEDIKASINYA MENYENTUH  HATI,   BARISAN HADAPAN YANG TELAH BERKORBAN SEPENUH JIWA DAN RAGA, AHLI-AHLI KELUARGA BARISAN HADAPAN YANG TERUS BERSABAR DALAM REDA, SUAMI, ISTERI DAN ANAK-ANAK YANG SETIA MENANTI BERSAMA KASIH DAN CINTA SERTA SELURUH RAKYAT TANAH AIR YANG TURUT MENYUMBANGKAN KERJASAMA DAN DOA.

 

MENGHASILKAN LAGU UNTUK MEMBERIKAN KESEDARAN DAN DORONGAN KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT TENTANG PENGORBANAN YANG TELAH DIJALANKAN.

Dengan itu, tugas ini memerlukan pelajar menyumbangkan bakat dalam menggubal lirik, pemuzik memainkan muzik, penyanyi yang cuba memahami isi lirik dan rentak muzik, penyunting video yang menyunting berdasarkan video muzik, gambar dan rakaman yang diberikan kepadanya, Mentor yang senantiasa memberikan cadangan dan cara penyelesaian. Kerjasama ini dipersembahkan ke dalam sebuah lagu.

PBL

Pelajar diminta mempersembahkan hasil dalam bentuk gambar, power point atau Video, atau kedua-duanya

Sumber Rujukan

 

       https://www.youtube.com/user/incitemytv/videos

       https://t.me/cprckkm

SENARAI NAMA PELAJAR TERLIBAT

 

https://drive.google.com/file/d/1WO6iDOnNkifU2ZXCNxnlSvc8654PKbbS/view?usp=sharing

SOLUTION CHECKED BY TEACHER

 

https://drive.google.com/file/d/1dnnMK1NuDd8_ER6d88SBdGLdUKH6T1RJ/view?usp=sharing

 

PRODUCT

KUMPULAN 7 : https://www.youtube.com/watch?v=MLKZ0HI5QMM

KUMPULAN 1 HINGGA 6 :https://docs.google.com/presentation/d/1NrjOt6aRc2W3ioOF2eUfHqB0Ozb8Epy1EIalDCJaFiI/present?ueb=true#slide=id.p1


Pedagogi Baharu Pembelajaran Bermakna

PBL - KMR TOGETHER AS ONE

6C

Rakan Pembelajaran

1. Berperanan sebagai pendorong pembelajaran (activator of learning)

Guru mendorong pembelajaran dengan memberikan tajuk dan murid yang merancang perlaksanaan

Sahsiah: Belajar Cara Belajar : Murid boleh kenal pasti apa dan mengapa mereka perlu belajar

2. Secara telus menyediakan matlamat dan jangkaan pembelajaran melalui murid dan keluarga sebagai rakan pembelajaran

Ibubapa Murid dimaklumkan sepanjang jangka waktu PBL-KMR dijalankan supaya mereka mendapat sokongan yang diperlukan

Kolaboratif: Kemahiran sosial, emosi & silang budaya :Murid lebih bertoleransi serta menghargai perspektif yang berbesa antara mereka

3. Menggunakan proses dan pendekatan kolaboratif untuk melibatkan keluarga dalam pembelajaran murid dan memaklumi perkembangannya

Ibubapa Murid senantiasa dihubungi untuk mengetahui perkembangan tugasan mereka

Kolaboratif: Saling bergantung dalam satu kumpulan: Murid bekerjasama dalam kumpulan

Persekitaran Pembelajaran

1. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan berpusatkan murid

Murid senantiasa berhubung dengan guru melalui Whatsapp untuk mendapatkan bimbingan

Komunikasi: Komunikasi yang koheren menggunakan pelbagai mod komunikasi : Murid menggunakan peluang digital untuk berkomunikasi semasa proses PdP dan penyampaian mesej kepada audien

2. Menggunakan pelbagai proses dan alatan untuk mengakses minat, bakat dan keperluan akademik murid

Murid diperlukan mengkaji dan menganalisis data kehidupan sebenar yang melibatkan pandemik Covid, dikaitkan dengan tajuk pembelajaran. di samping membuat persembahan video dan powerpoint

Kewarganegaraan: Pemanfaatan digital: Penggunaan elemen digital hanya pada tahap sederhana bagi memahami isu global.

3. Membina budaya dan iklim pembelajaran semua murid di mana-mana dan bila-bila masa

Murid membuat tugasan ini semasa PKP, tugasan dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan walaupun berada di tempat yang berbeza dan tiada sekatan masa sepanjang hari dilakukan

Kolaboratif: Menguruskan dinamika & cabaran : Murid bekerja secara berkesan dalam pasukan tetapi masih memerlukan bimbingan untuk menyelesaikan konflik serta menangani cabaran

4. Menyediakan proses kerja kolaboratif dan kemahiran sosial

Walaupun murid berada di tempat yang berbeza, tetapi ia tak menghalang pelajar daripada berkolaboratif. Murid diberikan kebebasan untuk memilih ahli kumpulan masing-masing

Kolaboratif: Kemahiran interpersonal & berkumpulan : Murid menunjukkan kemahiran interpersonal yang baik dan berkongsi tanggungjawab bersama

5. Menggunakan suara murid untuk memacu reka bentuk dan penambahbaikan pembelajaran

Murid diberikan kebebasan untuk memilih tajuk yang mereka berminat lakukan

Kreativiti: Mengambilkira & melaksanakan idea & penyelesaian baharu : Murid masih terikat dengan pengetahuan sedia ada dan memerlukan bimbingan untuk lebih inovatif

6. Menggunakan strategi untuk memotivasi dan keterlibatan murid bagi memacu pembelajaran bermakna

Semua murid diwajibkan membuat PBL-KMR ini di samping menggunakan alatan yang menyeronokkan dan dipersembahkan dalam bentuk gabungan.

Kewarganegaraan: Menyelesaikan masalah dunia sebenar yang kurang jelas & kompleks untuk manfaat semua : Murid melaksanakan tugasan yang bersifat terbuka dengan baik tetapi masih di tahap perkembangan.

7. Menggunakan strategi untuk melibatkan keluarga sebagai rakan pembelajaran murid

Ibubapa dimaklumkan dengan PBL-KMR supaya dapat bantu memantau perlaksanaan dan mendorong anak

Kolaboratif: Kemahiran sosial, emosi & silang budaya: Murid lebih bertoleransi serta menghargai perspektif yang berbeza antara mereka

Pedagogi Baharu Pembelajaran Bermakna

PBL - KMR TOGETHER AS ONE

6C

Memanfaatkan Kemudahan Digital

1. Mendorong inovasi murid menggunakan kemudahan digital untuk pembelajaran bermakna, mencipta pengetahuan dan mengaplikasikan secara inovatif

Murid didorong membuat tugasan dengan menggunakan kemudahan digital ayng ada untuk pembelajaran bermakna

Sahsiah: Belajar Cara Belajar : Murid boleh kenal pasti apa dan mengapa mereka perlu belajar

2. Mengguna resos dan alatan digital untuk meningkatkan keterlibatan dan motivasi

Murid dikehendaki mempersembahkan hasil kajian tugasan masing-masing melalui powerpoint, data dan video

Kolaboratif: Pemanfaatan digital : Murid memanfaatkan elemen digital untuk memudahkan perkongsian tetapi tidak begitu mendalami proses kolaboratif

3. Menyediakan sokongan proses pembelajaran mengguna resos dan alatan digital

Murid boleh menggunakan pelbagai jenis apps untuk membuat video mengikut kreativiti masing-masing

Pemikiran Kritis: Pemanfaatan digital : Murid menggunakan elemen digital untuk membina pemikiran kritis

4. Membolehkan murid berkolaboratif dan merangkai di dalam dan luar negara

Seni bakat, lagu penyuntik semangat, lagu yang ditujukan kepada semua orang khasnya berterima kasih kepada frontliner dan kesedaran bersama

Kewarganegaraan: Pemanfaatan digital : Penggunaan elemen digital hanya pada tahap sederhana bagi memahami isu global

5. Menyediakan pembelajaran yang autentik dan kontektual.

Topik yang dipelajari adalah perkara yang sedang berlaku, dari mengkaji angka kes aktif, angka sembuh, angka kematian covid dan seterusnya apa apa yang akan berlaku kita tidak bekerjasama membendung wabak

Kewarganegaraan: Pemanfaatan digital : Penggunaan elemen digital hanya pada tahap sederhana bagi memahami isu global

6. Mendorong murid mengakses kemudahan digital untuk menerima maklum balas yang pada pada masa diperlukan.

Murid diberikan link Hasil PBL-KMR hasil gabungan semua kumupan.

Sahsiah: Pemanfaatan Digital : Murid menggunakan aspek digital tetapi tidak dapat menjelaskan mengapa dan bagaimana ia membantu PdP

Amalan Pedagogi

1. Mereka bentuk proses dan tugasan menggunakan model dan amalan berasaskan eviden

Murid dikehendaki menghantar kerja dalam bentuk eviden

Kreativiti: Pemanfaatan digital : Murid menggunakan peluang digital untuk berkomunikasi semasa proses PdP dan penyampaian mesej kepada audien

2. Mereka bentuk tugasan pembelajaran bermakna untuk menyokong kemahiran berfikir dan menerokai aras yang komplek

Murid diberikan pilihan tugasan, kebebasan mendapatkan data, data akan diperiksa.

Kreativiti: Mengambilkira & melaksanakan idea & penyelesaian baharu : Murid mula berfikir di luar kotak dan mengembangkan pelbagai kreativiti dengan menggunakan pelbagai strategi pemikiran untuk mencipta penyelesaian

3.Menggunakan strategi untuk membangunkan kompetensi pembelajaran bermakna

Sahsiah, Kewarganegaraan, Kolaboratif, Komunikasi, Kreativiti, Pemikiran Kritis diterapkan dalam PBL-KMR

Kreativiti: Mengambilkira & melaksanakan idea & penyelesaian baharu : Murid mula berfikir di luar kotak dan mengembangkan pelbagai kreativiti dengan menggunakan pelbagai strategi pemikiran untuk mencipta penyelesaian

4. Menggunakan pelbagai strategi pembelajaran dan pentaksiran untuk menyokong proses pembelajaran kendiri

Pentaksiran PBD dan komunikasi yang kerap menggunakan whatsapp dijalankan untuk membentuk strategi pembelajaran

Kreativiti: Menyoal menggunakan soalan inkuiri yang tepat : Murid berkemahiran mengenal pasti masalah dan mereka bentuk inkuiri

5. Menyediakan pilihan untuk murid meningkatkan motivasi dan keterlibatan

Murid diberikan peluang memilih tajuk tugasan

Pemikiran Kritis: Membuat perkaitan L& mengenal pasti pola : Murid mengembangkan kebolehan untuk mengakses, meneroka dari pelbagai sumber perspektif dan pandangan

6. Keterlibatan murid secara kerap dalam kitaran kendiri dan maklum balas rakan untuk mempromosi metakognitif

Murid saling berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan kerja yang jitu.

Sahsiah: Pengaturan diri, tanggungjawab dan integriti :Murid boleh membawa diri dan amat bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri










B)  Pergerakan bahan merentasi Membran Plasma



Mata Pelajaran : Biologi 


Kelas : 4 Ibnu Sina 


Tarikh : 21 Jun 2020


Tajuk :   Pergerakan bahan merentasi Membran Plasma 


Sub Tajuk :   Pergerakan bahan merentasi Membran Plasma 


Standard Pembelajaran : Menghuraikan dengan contoh aplikasi konsep 

                      Pergerakan bahan merentasi membran plasma dalam 

Kehidupan harian.


Tahap Penguasaan : 6


Pentaksiaran Bilik Darjah : Mereka cipta dengan menggunakan pengetahuan   dan kemahiran sains berkaitan pergerakan bahan merentasi membran plasma dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat keputusan atau melaksanakan aktiviti /tugasan dalam situasi baharu secara kreatif dan inovatif dengan mengambil kira nilai sosial, ekonomi dan budaya masyarakat.


Standard Kandungan 

Standard Pembelajaran 

Catatan 


3.4 Pergerakan bahan merentasi Membran Plasma dalam kehidupan seharian . 

3.4.3 Menghuraikan dengan contoh aplikasi konsep pergerakan bahan merentasi membran plasma dalam kehidupan seharian. 

Cadangan aktiviti :

Mengaplikasikan konsep pergerakan bahan merentasi membran plasma untuk menghasilkan produk makanan dengan menggunakan bahan mentah tempatan:

  1.  Pengawetan telur yang   berwarna warni.

  2.  Pisang salai pelbagai rasa

  3. Kobis yang berwarna 

  4. Jeruk buah-buahan dan sayur-sayuran

  5.  Ikan Masin




((i


Strategi Pengajaran dan  

Pembelajaran : Pembelajaran Berasaskan Projek 

   (Project Based Learning)


Disediakan oleh : Aminah Batin, Guru Biologi


Pembelajaran Berasaskan Masalah / Projek 

Pembelajaran berasaskan masalah/Projek (PBL) adalah pedagogi berpusatkan murid 

Di mana murid belajar melalui pengalaman menyelesaikan masalah/isu yang  

Terkandung dalam bahan pencetus yang disediakan  oleh guru atau projek yang diberikan . Guru boleh menyediakan masalah /isu atau projek dari pelbagai 

Sumber seperti akhbar, majalah ,jurnal , buku, buku teks, kartun,video, televisyen, filem dan lain-lain dengan sedikit pengubahsuaian untuk memenuhi kehendak PdP.


Masalah dunia sebenar atau projek relevan digunakan sebagai wadah untuk 

Menggalakkan murid belajar tentang konsep dan prinsip yang dihasratkan oleh guru.

PBL dapat menggalakkan pembangunan kemahiran kritis , kebolehan menyelesaikan masalah dan kemahiran komunikasi.


PBL memberi peluang murid bekerja dalam satu pasukan, berkolaborasi mencari dan menilai bahan-bahan penyelidikan , menganalisis data, membuat wajaran dan keputusan serta memupuk sifat pelajar sepanjang hayat dalam kalangan murid.


Bagi memastikan PBL berkesan, maslah yang disediakan harus;

  • Mendorong murid untuk memahami konsep dengan jelas dan mendalam.

  • Mengkehendaki murid membuat keputusan yang wajar dan mempertahankannya.

  • Memenuhi standard kandungan/pembelajaran yang hendak di capai  dan berkaitan dengan pengetahuan terdahulu/sedia ada.

  • Mempunyai tahap kerumitan yang bersesuaian bagi memastikan murid dapat bekerjasama untuk menyelesaikannya.

  • Terbuka dan menarik untuk memotivasikan dan meningkatkan minat murid untuk menyelesaikannya.


Arahan kepada Murid : Berdasarkan petikan akhbar , cadangkan idea untuk mengatasi masalah dan mengurangkan masalah pembaziran buah-buah di Lembah Kelang.


PBL                : Murid perlu menyediakan satu laporan lengkap dan menghasilkan produk yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Menghasilkan buku skrap atau slide powerpoint,

  2. Menghasilkan pelbagai produk dalam kehidupan   seharian menggunakan buah-buahan atau bahan mentah yang lain.


Tarikh Hantar Projek   : 13 Julai 2020

Pekebun buah-buahan turut terjejas teruk dek Covid-19

NG XIANG YI II  27 MAC 2020



Para pekebun dan pemborong buah-buahan turut merasai keperitan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) apabila terpaksa membuang beratus-ratus tan bahan itu disebabkan rantaian bekalan yang terganggu

Pengerusi Persatuan Pekebun Buah-buahan Selangor dan Kuala Lumpur, Jeffrey Choong, berkata lebih daripada 10,000 tan buah-buahan dibuang di Lembah Kelang semenjak PKP dikuatkuasakan.

Menurutnya, hasil pengeluaran pekebun pula hanya 50 peratus berbanding dengan waktu biasa walaupun bekalan makanan adalah sebahagian daripada perkhidmatan keperluan (essential service) mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, hal itu berlaku kerana pekebun keliru ekoran peraturan dan syarat yang tidak jelas pada peringkat awal dulu.

Justeru, kata Choong, ramai pemandu lori tidak berani beroperasi dan banyak pasar yang tutup.

"Walaupun kerajaan sudah menjelaskan situasi dan memberi jaminan bahawa pekebun dan petani masih dibenarkan berfungsi, namun hasil pengeluaran telah turun secara mendadak," katanya.

“Banyak hasil tanaman pekebun tersekat secara tiba-tiba apabila PKP dilaksana. Maka kita terpaksa membuang hasil itu kerana ia memang tidak dapat disimpan lama,” tambahnya.

Nak buah tapi tiada di pasaran

Biasanya, jelas Choong, buah-buahan mampu bertahan selama seminggu atau lebih - sehingga tiga minggu - sekiranya dapat disimpan dalam peti ais.

Namun katanya disebabkan ruang penyimpanan yang terhad, tidak semuanya buah-buahan tersebut dapat disimpan dengan cara sedemikian.

Tambahnya, industri pertanian turut bergantung kepada pembekalan baja, racun, kilang pemprosesan, dan bengkel membaik pulih kenderaan.

Bagaimanapun, katanya sektor sampingan itu terpaksa berhenti beroperasi di bawah PKP, sekali gus memberi kesan negatif secara tidak langsung terhadap pembekalan buah-buahan.


“Ramai pengguna yang ingin membeli buah, tapi di pasaran tiada bekalan. Semuanya disebabkan arahan atasan tidak sampai ke bawah, dan cara pelaksaan yang bermasalah apabila sesuatu polisi dikenakan

.

“Saya sendiri juga rugi berpuluh ribu ringgit, tapi masih kena bekerja, kami tak mahu orang ramai tak dapat makan buah,” tambahnya.


Menurut Choong, tidak semua pekebun berani tampil untuk mengadu masalah mereka kepada persatuan kerana bimbang terhadap penguatkuasaan kerajaan.


“Ada antara mereka takut, tak berani bagitahu berapa rugi yang ditanggung. Oleh itu, maklumat yang kami ada pun tidak lengkap," katanya.


Dia juga percaya kerugian yang dialami - kerana terpaksa membuang buah-buahan - tidak terhad dalam kalangan pekebun di Selangor dan Kuala Lumpur saja sebaliknya turut melibatkan negeri lain.


Jumlah jualan masih terhad

Bagi memperbaiki masalah rantaian bekalan, Choong memberitahu, persatuannya menghantar surat kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) untuk mencari jalan penyelesaian.

Bagaimanapun, katanya tiada maklum balas diterima setakat ini.

“Kami semua - termasuk petani dan pekebun - sedia untuk duduk berbincang dan mencari cara penyelesaian. Kalau tidak boleh jumpa pun (sebab ancaman Covid-19) kami boleh buat mesyuarat secara dalam talian.

"Isu ini sangat serius, macam mana kami nak bersabar?" keluhnya.


Buat masa ini, katanya, bagi mengatasi kekangan itu sesetengah pemborong ada membuat penjualan melalui media sosial namun ia masih terbatas kerana jumlah yang dapat dijual terhad.

Sementara itu, pengusaha yang bekerjasama dengan Choong, Erik Ong, berkata dia bersama kawan-kawannya sedang berusaha melancarkan laman sosial “e-petani” bagi membantu petani dan pekebun di Lembah Klang mempromosi hasil tanaman masing-masing secara dalam talian.

Peniaga dari Taman Tun Dr Ismail itu juga menjelaskan terdapat sekurang-kurangnya 20 pekebun dan petani akan membekalkan hasil tanaman mereka untuk laman sesawang itu dan tempahan akan dibuat melalui perkhidmatan Grab bagi mengelakkan kontak rapat antara manusia.

“Harganya pasti jauh lebih rendah dari pasaran kerana tujuan utama kami adalah untuk melariskan produk tanaman dan mengelakkan pembaziran.

“Sekiranya hasil jualan mencapai sasaran, kami akan membekalkan sayur dan buah-buahan percuma kepada petugas barisan hadapan seperti jururawat, doktor dan anggota polis,” katanya.

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan kebanyakan petani dan pekebun meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa membuang hasil tanaman mereka akibat peraturan PKP yang mengehadkan operasi pasar raya dan pergerakan orang ramai.

Malah, ada petani mendakwa mereka terpaksa membuang beberapa tan sayur dan bisnes pula merudum sehingga 30 peratus.



Sumber petikan artikel dari Malaysiakini


 HASIL PBL PELAJAR
















0 comments:

Post a Comment