PBL - KMR Bidang Kemanusiaan

 PBL - KMR BIDANG KEMANUSIAAN

A)  Bab 10 – Pemashyuran Kemerdekaan


TUGASAN PBL (Project Based Learning) Versi PKPB

SMKTANSAU, PENAMPANG


1. Subjek : Sejarah

2. Tingkatan : Empat

3. Tarikh bermula : 10.11.2020 – 15.11.2020

4. Tema : PEMBINAAN NEGARA

5. Topik : Bab 10 – Pemashyuran Kemerdekaan

6. Sumber : Buku teks  ( MS: 238 - 241 )

7. Guru Pembimbing : Norehan Binti Mohd Din


A) KANDUNGAN KURIKULUM

Standard Kandungan 

Standard Pembelajaran

TEMA: PEMBINAAN NEGARA


TAJUK: 11

KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


11.4 Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu




11.4.3            Menghuraikan detik-detik pemasyhuran kemerdekaan

                      

                      Membuat kronologi detik-detik pemasyuran kemerdekaan


K 11.4.8        Menghuraikan kepentingan mengekalkan kedaulatan negara 

          

                     Menjelaskan kepentingan mengekalkan kedaulatan negara.


8. Strategi PdP : Pembelajaran Berasaskan Projek ( Project Based Learning)


B) TUGASAN :

Tajuk Projek : Kronologi Detik-detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

SOALAN KURIKULUM

Soalan Asas

Apakah maksud merdeka?

Soalan Unit 

Nyatakan maksud kemerdekaan mengikut pandangan 2 orang tokoh yang anda pilih.

Soalan Kandungan

1. Pengenalan upacara sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara


2. Kronologi masa bermula dan perlu dinyatakan peristiwa setiap masa iaitu bermula:

-10.00 malam, 10.30 malam, 11.58 malam, 12.00 tengah malam, 12.10 tengah malam, 12.25 tengah malam, 12.55 tengah malam, 8.15 pagi, 11.00 pagi, 1.30tengah hari, 5.25 petang. 


3. Penutup : Menjelaskan kepentingan mengekalkan kedaulatan negara (carian internet)


Objektif projek :

Pada akhir penghasilan projek ini, pelajar dapat :

  1. Menyatakan pengertian kemerdekaaan dari pandangan tokoh. 

  2. Membuat kronologi detik-detik pemasyuran kemerdekaan

  3. Menjelaskan kepentingan mengekalkan kedaulatan negara.

  4. Mempamerkan projek mengikut kerativiti, teknik dan gaya pemilihan sendiri


ARAHAN



Fasa 1

Memulakan projek

  • Murid membaca dan memahami tajuk yang akan dijadikan projek  

  • Murid membuat  pilihan projek yang boleh dipilih dalam menghasilkan projek

  • Murid boleh berbincang dengan ibu bapa untuk memilih projek yang sesuai

  • Murid menyediakan kerangka kerja untuk menghasilkan projek

  • Murid boleh mendapatkan maklumat menerusi buku teks .

  • Maklumat tambahan boleh diperolehi menerusi bacaan buku rujukan atau internet sekiranya boleh mengakses internet.

  • Dokumentasi bergambar/selfie/gambar setiap fasa.




Fasa 2

Membangunkan projek

  • Murid membuat garis masa ( urutan peristiwa ) secara kasar 

  • Murid berbincang dengan ibu bapa untuk memastikan garis masa adalah tepat

  • Murid membuat lakaran bersesuaian dengan peristiwa

  • Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membimbing anak-anak menghasilkan projek

  • Dokumentasi bergambar/selfie/gambar setiap fasa.




Fasa 3

Menamatkan projek

  • Lakaran projek dikemaskan dengan ton atau diwarnakan agar lebih menarik dan mempunyai audio pembentangan. 

  • Projek disusun mengikut urutan agar mudah difahami isi kandungan yang cuba disampaikan

  • Projek disusun kemas ( ada muka hadapan, nombor muka surat, urutan/nombor pada helaian projek)

  • Ibu bapa boleh member idea/komen untuk penambahbaikan kepada hasil kerja anak-anak

  • Dokumentasi bergambar/selfie/gambar setiap fasa.

 



Dokumentasi projek

  • Projek yang dihasilkan oleh setiap individu perlu dihantar secara dalam talian mengikut ketetapan masa

  • Projek yang terbaik akan dipilih dan dipaparkan dalam laporan sekolah (markah akan diberikan)

  • Projek pelajar akan dipamerkan kepada rakan pelajar yang lain

  • Dokumentasi bergambar/selfie/gambar setiap fasa.





DISEDIAKAN OLEH,


NAMA GURU : PN. NOREHAN BINTI MOHD DIN

SEKOLAH: SMK TANSAU, PENAMPANG

TARIKH: 10/11/2020

C) CONTOH PROJEK YANG BOLEH DIHASILKAN

FOLIO

BUKU SKRAP

BUKU MINI

KOMIK

POWER POINT

VIVA VIDEO

POSTER

VIDEO

PETA iTHINK

KAJIAN KES

BROSUR

BINAAN MODEL

PETA MINDA

APLIKASI DIGITAL

LAIN-LAIN



D) PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

RUBRIK PENILAIAN TUGASAN PBL


KRITERIA

ASPEK YANG DINILAI

MARKAH

REKABENTUK

  1. Tajuk 

  2. Tema

  3. Tarikh pelaksanaan

  4. Nama murid

  5. Tingkatan

  6. Guru mata pelajaran





10 M

PROSES

Langkah 

  1. Objektif kajian ( minimum 3)

  2. Kaedah kajian

  3. Pernyataan masalah

  4. Persoalan kecil / kajian

  5. Hasil kajian/ pelaporan kajian

  6. Kesimpulan

  7. Sumber rujukan 



5

5

5

5

20

5

5

______

50 M


APLIKASI

Kemahiran yang melibatkan:

  1. Penyelesaian masalah

  2. Kemahiran berkomunikasi

  3. Kemahiran membuat keputusan




15 M

PENGETAHUAN

Menepati konten dalam sukatan pelajaran


10 M

PERSEMBAHAN

  1. Reka bentuk evidens/produk

  2. Kreativiti

  3. Gaya bahasa/penyampaian

  4. Kekemasan 




15 M

JUMLAH MARKAH


100



SKOR KESELURUHAN


Skor Keseluruhan

TP

Keseluruhan

Tafsiran TP keseluruhan



0-15



1

Murid menyediakan rekabentuk ,mengumpul sumber, menjalankan proses kerja tidak lengkap. Mengaplikasi dan mempunyai pengetahuan yang terhad serta persembahan yang tidak menarik.




16-29



2

Murid menyediakan rekabentuk ,mengumpul sumber, menjalankan proses kerja kurang lengkap. Mengaplikasi dan mempunyai pengetahuan yang terhad serta persembahan yang kurang.



30-49


3



Murid menyediakan rekabentuk ,mengumpul sumber, menjalankan proses kerja yang lengkap tetapi tidak tersusun. Mengaplikasi dan mempunyai pengetahuan yang betul serta persembahan yang baik.



50-59


4



Murid menyediakan rekabentuk ,mengumpul sumber, menjalankan proses kerja yang lengkap , tepat dan  tersusun. Mengaplikasi dan mempunyai pengetahuan yang betul serta persembahan yang agak menarik.



60-79


5



Murid menyediakan rekabentuk ,mengumpul sumber, menjalankan proses kerja dan laporan yang lengkap , tepat, tersusun dan realistik. Mengaplikasi dan mempunyai pengetahuan yang betul serta persembahan yang sangat menarik.




80-100


6



Murid menyediakan rekabentuk ,mengumpul sumber, menjalankan proses kerja dan laporan yang lengkap , tepat, tersusun dan realistik. Mengaplikasi dan mempunyai pengetahuan yang sangat tepat serta persembahan yang sangat menarik.

  menunjukkan keaslian dan boleh dicontohi dengan menjana idea

berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.





















B)  Bab 10 – Pemashyuran Kemerdekaan

Hasil PBL Pelajar







0 comments:

Post a Comment