PBL - KMR BIDANG PENDIDIKAN KHAS
TUGASAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
PPKI SMK TANSAU
Tajuk Projek:
Pembuatan Play-Doh Menggunakan Tepung
Tempoh masa projek:
03. 07 .2020 – 17. 07 .2020
PENGENALAN
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mana pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui tugasan atau projek yang diberikan dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Tansau telah diberikan tugasan berkaitan pembelajaran berasaskan projek. Murid PPKI diberikan tugasan mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Setiap murid akan dibimbing oleh guru untuk memastikan projek yang dilaksanakan berjalan lancar.
ARAHAN:
1. Berdasarkan tajuk yang telah diberikan, pelajar hendaklah menghasilkan projek Play-Doh menggunakan tepung dengan dibimbing oleh ibu bapa, abang atau kakak.
2. Para pelajar juga hendaklah menyiapkan sebuah buku skrap sebagai laporan pelaksanaan projek ini. Buku skrap tersebut mestilah mempunyai 8 hingga 10 muka surat dan kandungan buku skrap adalah seperti berikut:
a. Muka depan (Tajuk, Nama Pelajar, Kelas, Tarikh pelaksanaan)
b. Senarai isi kandungan
c. Senarai bahan-bahan/peralatan yang diperlukan
d. Langkah-langkah/cara membuat play-doh
e. Gambar hasil play-doh yang sudah selesai.
f. Nilai murni/pengajaran (sekurang-kurangnya dua)
g. Penghargaan
Buku skrap yang dihasilkan mestilah ditulis tangan dan bukan ditaip. Gunakan alat tulis (pensil, pen, kertas, pensil warna, gam dan sebagainya) yang ada di rumah dan tambah kreativiti dengan menggunakan apa sahaja yang sesuai (daun, bunga, keratan akhbar, riben dan sebagainya).
3. Markah penilaian (PBD) akan diambil kira dan buku skrap tersebut hendaklah dihantar kepada guru pembimbing masing-masing pada 30.11. 2020 dalam bentuk gambar/video melalui aplikasi WhatsApp atau Telegram sebagai bukti pelajar telah menyiapkan projek ini.
4. Pelajar juga hendaklah menghantar buku skrap tersebut kepada guru pembimbing apabila sekolah dibuka semula.
Project Based Learning
Matematik Kelas Gigih
PPKI SMK Tansau Penampang
Pembuatan Play-Doh Menggunakan Tepung
Video Pembuatan
https://www.youtube.com/watch?v=NnhIaXK3DdY
Bahan-bahan
Tepung gandum
Minyak masak @minyak zaitun
Garam
Air
Pewarna makanan
Cara-cara
Masukkan satu sudu minyak masak dan gaulkan di dalam bekas
Masukkan 2 sudu tepung
Masukkan secubit garam
Masukkan 1 sudu air
Gaulkan campuran sehingga sebati dan titiskan 2 titis pewarna makanan
Ulang langkah di atas menggunakan pewarna yang berlainan
Laporan
Salin semula langkah penghasilan dan lekatkan gambar-gambar anda sedang menyiapkan Play-Doh
Sertakan juga gambar hasil akhir Play-Doh anda
Digalakkan jika boleh untuk menggunakan 5 warna berasingan untuk Play-Doh anda
Contoh hasil kerja murid yang telah menyiapkan PBL
SENARAI NAMA MURID BEKEPERLUAN KHAS
YANG MELAKSANAKAN PROJECT BASED LEARNING
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SAINS SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
TAJUK : 1R (RECYCLE)
KELAS: GIGIH
0 comments:
Post a Comment